Kehidupan awal Erick Thohir

Erick ialah putra dari Teddy Thohir, seorang usahawan yang membantu membesarkan Astra International..[5] Ayahnya berdarah Lampung[6], sedangkan ibunya berdarah Cina dan Sunda.[7] Saudaranya, Garibaldi Thohir atau lebih dikenali dengan Boy Thohir ialah seorang ahli perbankan pelabur dan usahawan. Erick juga mempunyai kakak bernama Rika.[8] Thohir ketika muda turut membantu perniagaan keluarga.[9]

Pada 1993, Erick lulus program Master untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration) dari Universiti Kebangsaan California, Amerika Syarikat.[5] Sebelumnya beliau memperoleh gelaran Sarjana Muda Seni (Bachelor of Arts) dari Kolej Komunii Glendale. Lain daripada itu, Erick juga dikenali sebagai sahabat kepada Sandiaga Uno dan Muhammad Lutfi semasa di pengajian tinggi.[10]